Jom Baca Bersama 10 Minit
Sekitar Kampus, Universiti Malaysia Terengganu
21 April 2022
Learn MoreProgram resensi buku yang akan diadakan ini adalah bertepatan dengan peranan dan fungsi PSNZ dalam mempromosikan buku-buku yang berkualiti hasil penulisan warga UMT selain menjadikan program ini sebagai salah satu aktiviti pengukuhan budaya membaca dikalangan warga UMT dan ianya merupakan program citra PSNZ. Pihak Jawatankuasa Pelaksana Read@UNI telah menerima maklumbalas mengenai kejayaan penulis dalam memperolehi Anugerah Buku Negara bagi kategori buku umum terbaik pada Ogos 2022 dan ia menjadi merit kepada penganjuran program bagi berkongsi intipati buku dan pengalaman dalam penghasilan buku yang bakal diulas.
16-Nov-22
Auditorium PSNZ
116 Peserta
Learn MoreProgram Pasca banjir ini dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah meningkatkan jumlah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah bagi kegunaan guru dan murid
15/6/2022
SK Lubuk Periuk
77 jumlah peserta
Learn MoreUntuk memberi kemahiran kepada staf PSNZ dalam membuat ulasan buku-buku pilihan serta berkongsi bahan bacaan yang menarik.
Jan-Dis 2022
Bilik Mesyuarat PSNZ dan dalam talian
1147 jumlah peserta
Learn MoreProgram kerjasama antara PSNZ dan INOS UMT serta R-TiHILS ini diadakan untuk menceritakan perjalanan penulisan buku. Program ini melibatkan 5 orang panel yang juga merupakan penulis buku "Bidong Island: Natural History and Resources".
Tarikh: 17 Okt 2022
Tempat: Auditorium PSNZ
Jumlah Peserta: 336 Peserta
Learn MoreProgram Bedah Buku sempena PSNZ Open Day 2022 merupakan program anjuran PSNZ yang bertujuan untuk memberi gambaran dan pandangan terhadap buku yang telah diterbitkan pada tahun 2022 di samping mengupas isi kandungan buku yang bermanfaat kepada hadirin.
Tarikh: 1 NOV 2022
Tempat: Auditorium PSNZ
Jumlah Peserta: 204 peserta
Learn MoreProgram galakan membaca yang menawarkan hadiah menarik untuk menarik minat dan penyertaan pelajar serta staf UMT
Jan-Dis 2022
Sekitar Kampus UMT
Learn MoreProgram Sembang Santai 101 Nota Minda bersama Dr. Hjh Azura Hashim dilaksanakan bersempena PSNZ Open Day 2022 melalui JK Read@Uni PSNZ. Dr. Hajjah Azura Hashim mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan; merupakan pengarah di Medipro Ventures Sdn Bhd dan pengasas bersama Mastery Academy. Beliau telah mengarang lebih daripada 15 judul buku dan buku 101 Nota Minda adalah judul buku terbaharu karangan beliau. Buku 101 Nota Minda mengandungi tips, nasihat, dan petua bagaimana merangsang minda positif yang akan memberikan kebaikan dan manfaat dalam kehidupan seharian.
Tarikh: 2 Nov 2022
Tempat: Auditorium PSNZ
Jumlah Peserta: 288 peserta
Learn MoreProgram anjuran Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai dengan kerjasama Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, KPM, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNT, Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia yang julung kali diadakan melibatkan panel dari dalam dan luar negara iaitu dari negara Malaysia, Indonesia dan juga Brunei Darussalam. Program bual bicara ini berteraskan aktiviti galakan membaca yang dilaksanakan di negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.
24 April 2024
Mini Studio PSNZ
203 Jumlah Peserta